Sejarah

Latar Belakang

Sufibrand

Penghasilan jenama SUFI adalah cetusan idea daripada Ketua Pengarah ELHAM-Q MALAYSIA SDN BHD, pada tahun 2009 oleh Yg, Bhg. Tuan Shawal Akbar Hj Mohamed sebagai produk pertama yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan produk makanan harian berasaskan beras produk hasil beras yang julung kalinya diperkenalkan di karnival MAHA pada tahun 2009 dengan usahasama FAMA dan beberapa agensi kerajaan termasuklah yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Pertanian Malaysia pada waktu itu, Yg Bhg Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hari ini setelah 15 tahun perjalanan kami dalam perniagaan ini, kami juga telah mengembangkan perniagaan dalam pembotolan minyak masak bagi pasaran domestik juga luar negara dan kilang beras kami telah diberikan kuota pembungkusan beras Super Special Tempatan di atas jenama Sufi Brand yang telah melepasi piawaian HALAL JAKIM dan MESTI.

Produk Sufi Brand telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada pengguna yang mahukan keberadaannya lebih meluas dipasaran negara. Bagi memenuhi hasrat pengguna dan sasaran pihak syarikat, kami kini mempunyai 5 Distributor utama di Utara, Pantai Timur, Sentral dan Selatan tahanair melibatkan lebih 13,000 edaran rangkaian peruncitan dan pasaraya utama di Semenanjung Malaysia.

Kami akan terus berusaha untuk mengeluarkan lebih banyak produk bermutu untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan pada masa yang akan datang.

PENGURUS

Pengurusan Kami

Elham-Q Malaysia Sdn Bhd amat berbesar hati untuk membantu pengguna kami dalam memastikan setiap isi rumah dapat menikmati hidangan yang lazat dan menyelerakan dengan menggunakan produk keluaran kami. 

Kami akan sentiasa berusaha meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebih dari apa yang telah kami hasilkan hari ini. Pelbagai langkah dan usaha telah dan sedang kami jalankan bagi memenuhi setiap isi rumah dengan produk kami. 

Kami sangat yakin, pengguna setia Sufi Brand melihat komitmen kami sepanjang 12 tahun ini dalam memberikan kualiti produk yang terbaik dan pelbagai inovasi produk yang baharu dalam memudahkan urusan penyediaan sajian seharian. Ini ditambah dengan komitment kami memastikan keseluruhan produk Sufi Brand seiring dengan TAGLINE “Premium Quality Product”  yang mendapat pengiktirafan HALAL turut menjadikan Sufi Brand sebagai jenama pilihan para pengguna. 

Atas usaha yang berterusan selama ini, Sufi Brand telah menjadi jenama yang dikenali dan kami akan terus komited untuk meletakkan jenama ini menjadi kebangaan rakyat Malaysia.

tanggungjawab

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai syarikat patuh syariah, kami sangat mengambil berat tentang tanggungjawab kami kepada masyarakat dan negara dengan melibatkan diri dalam membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai aktiviti  tahunan yang dianjurkan secara global. Antara badan yang terlibat dalam progran CSR Sufi Brand adalah seperti berikut :

  • INSAF MALAYSIA
  • PERSATUAN KEBAJIKKAN SUKARELA KUANTAN
  • YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
  • YAYASAN IKHLAS
  • PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA
  • MADRASAH TAHFIZ AL-INSANIYYAH
  • MADRASAH TAHFIZ AL-ISLIHIYYAH