dedikasi
Kelayakan dan Kelebihan
Elham-Q Malaysia Sdn Bhd akan sentiasa komited untuk menghasilkan produk makanan yang bersih dan selamat serta berkualiti tinggi dengan mengutamakan keselamatan makanan sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam yang lebih menjurus kepada penyediaan mengikut ketetapan HUKUM SYARAK. Ini juga sebagai jaminan untuk setiap langkah dalam penghasilan produk Sufi Brand menepati piawaian dalam neraga dan luar negara. Kami sangat yakin proses peningkatan kualiti yang berterusan ini akan dijalankan kerana kepuasan pelanggan adalah sangat penting bagi pihak kami.
komited
Komitmen Halal
Elham-Q Malaysia Sdn Bhd melalui produk Sufi Brand telah melepasi piawaian HALAL JAKIM dan produk yang diimport masuk ke negara dibawah jenama Sufi Brand juga telah di sahkan HALAL oleh badan yang diiktiraf oleh JAKIM antaranya adalah HALAL THAILAND DAN HALAL INDONESIA. Kami akan sentiasa memantau keditasi yang diiktiraf ini masih lagi boleh diguna pakai dan akan terus berkerjasama dengan badan yang terlibat untuk setiap produk Sufi Brand.
Antara langkah yang sering diparktikkan adalah :
- Memastikan semua bahan mentah yang diperoleh dalam pemprosesaan dan pembuatan produk adalah Halal
- Memastikan semua produk kami di jamin dan disahkan Halal oleh JAKIM
- Memastikan sistem pengeluaran bersih dan bebas daripada bahan bukan halal
- Operasi pengeluaran adalah termasuk mesin pemprosesaan mengikut amalan perkilangan yang baik (GMP)
- Syarikat kami Elham-Q Thailand Pte Ltd yang beroperasi di Bangkok, Thailand dan PT. Elham-Q Indomas di Bekasi, Indonesia telah dikususkan untuk memikul tanggungjawab ini bagi memastikan kesemua produk kami dihasilkan adalah mengikut piawaian antarabangsa.